Kata Mutiara Hikmah - Tiada Tuhan Selain Allah

Minggu, 07 Januari 2018

Kata Mutiara Hikmah

Kata Mutiara Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah.
"Cinta kepada Allah adalah masuknya sifat–sifat kekasih pada sifat-sifat yang mencintainya. Maksudnya orang yang mencintai selalu memuji-muji yang dicintaiNya, sehinga orang yang mencintai tenggelam dalam ingatan sifat-sifat yang dicintaiNya dan melupakan segala sifat-sifat dirinya sendiri dan persamaannya pada sifat- sifat yang dimilikinya." 

Kata hikmah Sayidina Ali Bin Abi Thalib karramallahu-wajhah.
"Cinta kepada Allah itu laksana api apa pun yang dilewatinya akan terbakar. Cinta kepada Allah itu laksana cahaya apa pun yang mengenainya akan bersinar. Cinta kepada Allah itu laksana langit apa pun yang dibawahnya akan ditutupnya. Cinta kepada Allah itu laksana angin apa pun yang ditiupnya akan digerakkannya. Cinta kepada Allah itu laksana air dengannya Allah menghidupkan segalanya. Cinta kepada Allah itu laksana bumi dari situ Allah menumbuhkan segalanya. Kepada siapa yang mencintai Allah, Dia berikan kekuasaan dan kekayaan".

Kata Hikmah Syeikh Ibnu Attaillah As Skandary.
"Dunia adalah anak syaitan dan orang yang mencari dunia adalah menantu syaitan, bapanya akan terlepas dari tanggungjawab terhadap anaknya itu selama dia masih menjadi tanggungan suaminya".

Kata Al Imam Sufyan Ats Tsauriy Rahimahullah.
“Jika seseorang cinta pada saudaranya kerana Allah kemudian orang yang dicintainya itu membuat perkara baru dalam Islam (bida'ah) lalu dia tidak membencinya Kerana perbuatan tadi maka bererti dia tidak mencintainya Kerana Allah".

Kata Mutiara Urwais Al Qarni Radiyallahu.
"Memohonlah kepada Allah supaya memperbaiki hati dan niatmu, kerana tidak ada sesuatu yang paling berat untuk kau ubati selain keduanya. Ketika hatimu sedang menghadap (Allah) maka seketika mungkin untuk berpaling, maka ketika menghadap itulah engkau harus memperbaikinya supaya tidak berpaling".

Kata Hikmah Sheikh Abdul Qadir Al Jailani Rahimahullah.
"Saudaraku, Janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang apabila diberi nasihat, tidak mahu menerima, dan jika mendengar nasihat tidak mahu mengamalkannya. Ketahuilah, bahawa agamamu akan hilang disebabkan empat perkara :
  1. Kamu tidak mengamalkan apa yang telah kamu ketahui.
  2. Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui.
  3. Kamu tidak mahu berusaha mengetahui apa yang tidak kamu ketahui, sehingga tetap bodoh.
  4. Kamu melarang manusia untuk berusaha mengetahui apa yang mereka tidak mengetahuinya.”
Kata Bijak Bahasa Aceh, Hana Tabeut ilme Tauhid Salah Ta Marid Jeut Keu Kaphe, Hana Tabeut ilme Fiqah Roh Tapajoh Bangke-Bangke, Hana Tabeut ilme Tasawuf Ahklak Ngen Hate Broek Sabe.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan komentar sesuai dengan topik, Terimakasih.

Silahkan beri komentar atau saran tentang topik menggunakan kata yang bijak dan utamakan kesopanan. Terimakasih telah berkunjung serta membaca artikel yang ada di blog ini.