Matahari Yang Senantiasa Sujud Kepada Allah - Tiada Tuhan Selain Allah

Sabtu, 18 November 2017

Matahari Yang Senantiasa Sujud Kepada Allah

HADIST KISAH MATAHARI YANG SENTIASA SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T

عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ أَنَّ اْلنَّبِيَّ قَالَ يَوْمًا : أَتَدْرُوْنَ أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ اْلشَّمْسُ؟ قَالُوْا: اللهُ وَ رَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: إِنَّ هَذِهِ تَجْرِيْ حَتىَّ تَنْتَهِيَ إِلىَ مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ اْلعَرْشِ, فَتَخِرَّ سَاجِدَةً, فَلاَ تَزَالُ كَذَالِكَ حَتىَّ يُقَالَ لَهَا: اِرْتَفِعِيْ, اِرْجِعِيْ مِنْ حَيْثُ جِئْتِ فَتَرْجِعُ, فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا, ثُمَّ تَجْرِيْ لاَ يَسْتَنْكِرُهَا اْلنَّاسُ مِنْهَا شَيْئًا حَتىَّ تَنْتَهِيَ عَلىَ مُسْتَقَرِّهَا ذَلِكَ تَحْتَ اْلعَرْشِ فَيُقَالُ لَهَا: اِرْتَفِعِيْ, أَصْبِحِيْ طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِكِ, فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِِهَا. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ: أَتَدْرُوْنَ مَتىَ ذَاكُمْ؟ ذَاكَ حِيْنَ (لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيْمَانُهَا لَمْ تَكُنْ ءَامَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِيْ إِيْمَانِهَا خَيْرًا) (الأنعام: 158)


Dari Abu Dzar r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bertanya kami: "Tahukah kamu semua kemanakah matahari itu selalu pergi?" 
Lalu kami berkata: "Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang tahu." Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: "Matahari itu berjalan sehingga sampai di perhentiannya 
yaitu di bawah 'Arasy, kemudian matahari itu sujud, ia sujud sehingga datang perintah Allah: "Bangkitlah dan kembalilah ke tempatmu semula! 
Setelah matahari mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka dia pun muncul kembali seperti biasa di tempatnya dan dia meneruskan perjalanannya seperti biasa sehingga kembali di tempat perhentiannya di bawah 'Arasy. Lalu matahari sujud lagi sehingga datang perintah Allah S.W.T.: "Bangkitlah dan kembalilah ke tempatmu semula! maka matahari pun bangun dan ia pun terbit semula seperti biasa di tempatnya. Sabda Rasulullah S.A.W. lagi: "Matahari itu tidak pernah mungkir sedikit pun hingga ia sampai kembali ke tempat perhentiannya di bawah 'Arasy. Dan apabila matahari menerima perintah dari Allah S.W.T. yang bermaksud: "Bangunlah dan muncullah kamu di tempat kamu biasa tenggelam." Maka pada masa itulah akan terbit matahari di sebelah barat. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tahukah kamu semua bilakah hal ini akan terjadi (terbitnya matahari sebelah barat), ianya akan terjadi pada hari di mana iman seseorang itu tidak berguna lagi, jika sebelumnya dia tidak beriman.

Diriwayatkan oleh Bukhari 4802,3199,7424,7433, Muslim 159 -dan ini lafazhnya, Ath-Thayyalisi dalam Musnadnya 460, Ahmad dalam Musnadnya 5/145,152,165,177, 
Abu Dawud 4002, Tirmidzi 3227, Nasa’i dalam Sunan Kubra 11430, Al-Baghawi dalam Syarh Sunnah 4292, 4293, dan lain sebagainya. Seluruhnya dari jalur Ibrahim bin 
Yazid at-Taimi dari ayahnya dari Abu Dzar z.

Silahkan beri komentar atau saran tentang topik menggunakan kata yang bijak dan utamakan kesopanan. Terimakasih telah berkunjung serta membaca artikel yang ada di blog ini.